Sunday, February 28, 2010

KEMPEN KESEDARAN

TAHUKAH ANDA?? bahawa pada tahun 2007, kajian stastistik menunjukkan seramai lebih 45,000 wanita telah diserang Kanser Servik Dan Barah Payu Dara dan kes tersebut meningkat 40% pada tahun berikutnya. Kini,setiap 4 minit yang berlalu,berlaku satu kematian wanita di asia akibat serangan penyakit tersebut.

Kajian membuktikaan bahawa faktor gaya hidup dari segi pemakanan berkarsinogen,penggunaan produk tercemar dan faktor sekeliling (cemaran radiasi) adalah antara punca-punca utama serangan penyakit kronik tersebut. Cara hidup masyarakat kini juga penyumbang terbesar peningkatan kadar kematian akibat kanser.

Secara umumnya,lebih 90% wanita masa kini mempunyai pelbagai masalah sakit puan.Sikap malu dan kekangan adat mendorong wanita seringkali membiarkan masalah tersebut berlarutan sehingga perkara tersebut dianggap normal bagi setiap wanita yang mengalami haid.

Gejala awal seperti senggugut,keputihan,kegatalan,haid tidak menentu jika dibiarkan berlanjutan akan mengundang masalah yang lebih serius.Serangan penyakit seperti endometriosis,sist,jangkitan kuman,fibroid dan pelbagai lagi akan timbul. Jika masalah ini wujud,maka bermulalah era serangan kanser servik/ rahim yang membawa kepada masalah kemandulan,pembuangan rahim dan paling ditakuti ia berisiko tinggi menyebabkan kematian kepada penghidapnya.

RAMAI WANITA tidak menyedari penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia seperti alat solek & tuala wanita berkualiti rendah adalah faktor utama penyumbang kepada kanser. Produk yang pelbagai jenama ini jika digunakan untuk tempoh masa yang lama akan menyebabkan pengumpulan toksik bersifat karsinogen dalam darah seterusnya menggalakkan pertumbuhan sel tidak normal dan turut memusnahkan sel sihat dalam badan. Jika berlarutan sel yang tidak normal akan menjadi kanser yang mengancam tubuh badan penghidapnya.

SEDARKAH KAUM WANITA?? bahawa kebanyakan tuala wanita berjenama di pasaran telah dicemari DIOKSIN sewaktu proses pembuatannya.Kajian menunjukkan bahawa DIOKSIN adalah antara faktor utama terjadinya masalah sakit puan dan pencetus Kanser Servik Dan Barah Payu Dara.

Saturday, February 27, 2010

kempen kesedaran & pencegahan kanser

Assalamualaikum w.b.t pada semua pangunjung laman blog saya ni.

Kita sering kali ditimbulkan dengan masalah-masalah kesihatan yang melanda dan merupakan masalah yang semakin serius serta sedang menular kehidupan wanita masa kini.
Antara masalah yang dipandang serius dalam masalah kesihatan wanita adalah berkaitan dengan simptom sakit puan yang berlaku di kalangan wanita yang aktif pada zaman moden ini.
Masalah ini bukan hanya membawa kepada keperitan dan penderitaan yang dialami oleh wanita semata-mata, malah ianya boleh mengundang maut.

Bagaimana Simptom masalah sakit puan ini berlaku?
menurut kajian punca-punca berlakunya kanser adalah dari segi:-

- Amalan pemakanan
- Gaya hidup
- Alam sekitar
Walaubagaimanapun faktor di atas adalah faktor kecil dalam permasalahan ini. Namun tahukah anda punca utama @ sumbangan terbesar punca-punca kanser adalah daripada "MASALAH HAID & TUALA WANITA"

Tahukah anda bahawa penggunaan tuala wanita berkualiti rendah mencetuskan pelbagai penyakit BERBAHAYA terhadap kesihatan wanita

-Mengapa? Bagaimana? Apa kaitan antara Tuala Wanita@Pad dalam masalah "Jangkitan Sakit Puan" ini.
-Begini, hasil laporan kajian daripada Persatuan Pengguna, Utusan Pengguna dan beberapa sumber yang dipercayai mengatakan lampin pakai buang, tuala wanita, tampon dan seangkatan dengannya pada masa kini mempunyai ancaman toksin yang berbahaya untuk kesihatan penggunanya. Hal ini kerana, bahan mentah tuala wanita yang dihasilkan adalah diperbuat
daripada:-
  1. kertas buangan/ pulpa kayu
  2. agen pelunturan yang berkarsinogen
  3. agen fluoresen
  4. agen pelembut
  5. mempunyai 900 kali ganda toksik



Bahan-bahan ni semua akan membawa kesan kesihatan kepada wanita khususnya, kerana setiap wanita menggunakan 15,000 keping @ lebih tuala wanita purata selama 35 tahun atau lebih di sepanjang hayatnya! Maka, RISIKO terdedah terhadap DIOKSIN bersamaan 15,000 kali GANDA. dan adakah anda mungkin salah seorang diantaranya?


-Manakala, menurut kajian Dr. Philip M. Tierno -
"Faraj menyerap apa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Apabila anda memasukkan bahan kimia ke dalam faraj, bahan tersebut akan berada di dalam saluran darah setengah jam kemudian"



- selaku manusia yang mengambil berat tentang kesihatan tidak kira sesiapa sahaja, saya telah menemui satu produk yang dapat mencegah diri anda dan keluarga dari masalah sakit puan yang dialami oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia sekarang.

- P/s:- AWAS!!! masalah sakit puan di kalangan wanita boleh membawa maut pada penghidapnya. jadi mahukah anda terus terdedah kepada jangkitan penyakit ini?? sama-sama kita fikirkan.
- Masalah harga? Masalah duit? bukan menjadi persoalannya, fikirkan jika mak, adik-beradik, saudara-mara atau rakan-rakan yang anda sayangi ataupun anda sendiri yang mengalami masalah sakit puan ini seperti:-
  • kanser serviks
  • kanser ovari
  • kanser rahim
  • kanser payudara
  • Fibroid rahim/ ketumbuhan
adakah anda akan fikirkan kos untuk berubat? kos untuk menjalankan pembedahan? kos untuk duduk di hospital? kos rawatan susulan? adakah berbaloi semua kos perubatan yang anda keluarkan oleh kerana hanya sayangkan duit untuk dikeluarkan kepada produk yang berkualiti.
- Produk Bio Sanitary Pad ini dapat mengurangkan kos rawatan yang boleh mencecah ribuan malahan jutaan ringgit untuk mengubati masalah sakit puan ini.
- produk ini mencegah masalah sakit puan amnya dan menyelesaikan tanda-tanda awal jangkitan masalah sakit puan yang dialami oleh wanita pada hari ini. antara tanda-tanda awal masalah sakit puan :-

  1. - senggugut
  2. - kitaran haid tidak menentu
  3. - jangkitan faraj
  4. - darah beku
  5. - Edometriosis/ kamandulan
  6. - kekuningan
  7. - keputihan
  8. - ruam
  9. - sakit belakang ketika haid
  10. - Trichomoniasis
  11. - genital warts
  12. -Discharge berlendir/ berbau
Sumber boleh dirujuk pada:


Bagaimana jalan penyelesaiannya?

-Beralih lah kepada produk yang disahkan berkualiti dan terjamin.
-Produk yang 100% diperbuat daripada kapas
-mempunyai herba untuk mencegah masalah wanita ketika datang haid
-mampu mencegah masalah sakit puan
-diiktiraf oleh negara-negara di Asia
-diinsurankan sebanyak Rm3 juta
-dikawal selia oleh makmal perubatan






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...