Friday, January 6, 2012

Sedang Cuba mempelajari dan menaik tarafkan Blog saya sendiri... heheheh :)
Kata orang kalau kita tidak mencuba, kita tidak akan dapat hasilnya kan, jadi saya sedang belajar untuk melakukan sesuatu yang baharu dalam diri saya...
Cerdik pandai ada berkata:- "Usaha Itu Tangga Kejayaan". Jadi, untuk jadi orang cemerlang kenalah buat sesuatu kelainan dan luar biasa daripada orang lain...... Mungkin apa yang dilakukan oleh saya ni satu permulaan yang kecil dan sedikit luar biasa lah kan, pada hal dah ramai orang buat blog macam saya ni.... Tapi x pe, perumpamaan melayu ada berkata, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit... hehehe.....

Insyallah, perubahan yang ingin dilakukan ini adalah hasil kesedaran untuk maju dan berjaya ke hadapan seperti orang lain. Jadi saya harap usaha ini bukanlah satu usaha yang sia-sia.....
Hendak jadi orang yang cemerlang kena berfikir dan melakukan dari luar kotak pemikiran dan kebiasaan hidup kita kan???

Maka dengan itu, saya menulis Blog ini adalah untuk mengasah pemikiran saya secara TERBUKA dan untuk mencari IDEA-IDEA serta BUAH FIKIRAN yang Kreatif dan Kreatis agar dapat meningkatkan diri saya sendiri serta dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Insyallah, harapNYA....Aminnn :)

Thursday, January 5, 2012


Salam semua,

Dah sebulan lebih dah saya TANAM ANGGUR kat belakang rumah ni... hehehe
Sekarang tengah berdebar menanti keputusan (POSTING) dari pihak KPM... Entah bila lah nak sampai keputusan yang sangat2 diharapkan ni.... Aduiiii..... ( tu lah manusiakan cepat sangat nak mengeluh) hehehe....

Ape2 pun, hari ini saya gembira sangat2 sebab dapat tahu berita gembira yang bulan 3 ni nak konvo... walaupun tengah suspen nak tunggu result posting ni tapi hati dah berbunga nak naik pentas untuk terima segulung Ijazah....

Di kesempatan ini juga, saya nak berterima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar saya selama ini, Tak kira lah dari start saya masuk alam persekolahan sehingga lah saya dah hampir mendapatkan segulung Ijazah.... kalau nak senaraikan nama-nama guru saya memeng banyak lah kan, cukup je lah saya senaraikan nama-nama Institusi Pelajaran yang saya masuk sahaja ea:-

1.) TABIKA KEMAS SIMPANG DURIAN
2.) SK SIMPANG DURIAN
3.) SMA DATO' HAJI TAN AHMAD (1 minggu je, pas tu Maahad Ahmadi panggil)
4.) MAAHAD AHMADI, GEMENCHEH
5.) INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN (Baru je abis, hehehe)

Terima kasih semua yang terlibat dalam perjalanan suka dan duka hidup saya selama ini... To All My Friendzzzz, Gud Luck k.. tq 4 everything guys ;)

Segulung PENGHARGAAN

Salam Ukhwah semua......
Alhamdulillah, setelah sekian lama saya memerah keringat selama hampir 5 Tahun setengah, akhirnya saya dapat menghadiahkan segulung Ijazah kepada Ayah dan Bonda tercinta serta keluarga yang sentiasa mengharapkan yang TERBAIK dari saya selama ini...

Berkat daripada doa mereka serta tunjuk ajar daripada para pensyarah yang telah mencurahkan ilmu pengetahuan kepada saya selama ini, maka saya telah menjadi orang yang berguna untuk diri sendiri dan seterusnya dapat menyumbangkan bakti dan ilmu yang saya miliki ini kepada masyarakat terutamanya kepada anak bangsa pada hari ini agar mereka dapat meneruskan kecemerlangan yang saya miliki pada hari ini untuk dimanfaatkan oleh setiap murid-murid saya kelak......

Justeru, saya selaku bekas guru pelatih INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN berjanji akan melakukan yang terbaik dalam menjalankan amanah keguruan yang diberikan ini agar dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang dari segi Akademik, Sahsiah dan Tingkah Laku yang baik dan dipandang mulia, Insyallah...

Sekian sahaja coretan dari lubuk hati ini, ( lame dah x start mengarang) :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...