Thursday, January 5, 2012


Salam semua,

Dah sebulan lebih dah saya TANAM ANGGUR kat belakang rumah ni... hehehe
Sekarang tengah berdebar menanti keputusan (POSTING) dari pihak KPM... Entah bila lah nak sampai keputusan yang sangat2 diharapkan ni.... Aduiiii..... ( tu lah manusiakan cepat sangat nak mengeluh) hehehe....

Ape2 pun, hari ini saya gembira sangat2 sebab dapat tahu berita gembira yang bulan 3 ni nak konvo... walaupun tengah suspen nak tunggu result posting ni tapi hati dah berbunga nak naik pentas untuk terima segulung Ijazah....

Di kesempatan ini juga, saya nak berterima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar saya selama ini, Tak kira lah dari start saya masuk alam persekolahan sehingga lah saya dah hampir mendapatkan segulung Ijazah.... kalau nak senaraikan nama-nama guru saya memeng banyak lah kan, cukup je lah saya senaraikan nama-nama Institusi Pelajaran yang saya masuk sahaja ea:-

1.) TABIKA KEMAS SIMPANG DURIAN
2.) SK SIMPANG DURIAN
3.) SMA DATO' HAJI TAN AHMAD (1 minggu je, pas tu Maahad Ahmadi panggil)
4.) MAAHAD AHMADI, GEMENCHEH
5.) INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN (Baru je abis, hehehe)

Terima kasih semua yang terlibat dalam perjalanan suka dan duka hidup saya selama ini... To All My Friendzzzz, Gud Luck k.. tq 4 everything guys ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...